Pistol Nambo Taisho Model 14

Pistol Semi Auto Nambu Taisho Model 14, 8 mm (0.31 inci) merupakan senjata keluaran Jepun. Pistol Nambu Taisho Model 14 ini memiliki kaliber 0.31 inci dengan katrij 0.31 X 0.85 inci. Ia memiliki pecutan laras 951 kaki sesaat. Beratnya tanpa kelopak kosong 2.12 paun. Kelopak peluru memuatkan 8 biji peluru dan jarak operasinya 55 ela.Pistol Nambu Taisho Model 14 ini direka oleh Major Nambu (kemudian Jeneral) pada tahun ke 14 dalam pemerintahan Maharaja Taisho, dari mana ia mendapat nama. Ia merupakan pistol piwaian bagi tentera Jepun dari tahun 1941 sehingga 1945 dan digunakan terutamanya pada pegawai. Secara keseluruhan lebih dari 320,000 dihasilkan. Ia menyerupai Jerman P 08 tetapi pembuatannya lebih ringkas dan tidak pernah sampai tahap kelasakan atau kualiti pengeluaran sepertinya. Tambahan lagi katrij 0.31 inci Jeman adalah jauh lebih buruk berbanding peluru parabelum Jerman, dan senjata ini boleh bertindak diluar jangkaan sekiranya tidak dikendalikan dengan berhati-hati. Versi kaliber 7 mm (0.27 inci) turut dihasilkan yang pada mulanya disasarkan pada pasaran awam. Ia kemudiannya dikeluarkan pada juruterbang Jepun. Selepas kekalahan Jepun, banyak pistol Nambu di bawa pulang ke Amerika Syarikat oleh bekas tentera sebagai cenderahati atau tropi sungguhpun ia melanggar peraturan.